PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)
Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproes data dalam sesebuah komputer.
Terdapat berbagai jesnis papan induk yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Intel. Persoalannya kenapakah terdapat berbagai jenis papan induk?. Jawabannya adalah kerana terdapat berbagai jenis CPU yang mempunyai keupayaan dan kuasa yang berbeda. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.
Terdapat juga papan induk yang telah terbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Saya menasihatkan agar anda melihat jenis papan induk yang digunakan semasa anda mengunjungi mana-mana kedai atau dewan pameran. Tujuannya supaya anda mengenali rupa bentuk sesebuah papan induk seperti mana yang terdapat pada komputer peribadi yang anda gunakan di rumah atau di pejabat.
Sumber : http://mpk.rmp.gov.my/nota/literasi/perkakasan-board.htm
Papan induk adalah komponen paling utama didalam sesebuah komputer dimana disitulah terdapat semua komponen lain yang dipasang kepadanya. Terdapat pelbagai jenis papan induk kerana pelbagai jenis CPU yang mempunyaai keupayaan dan kuasa yang berbeza. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.
Terdapat juga papan induk yang telah diterbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Sehingga kini ada beberapa jenama papan utama papan utama yang popular di Malaysia, seperti Intel, Asustech, Gigabyte, Ist Board, Octech dan berbagai jenama lain yang rata-rata mutunya kurang memuaskan. Papan-papan ini boleh dibezakan dari kecanggihan teknologi yang digunakannya, keserasian dengan komponen lain, kemudahan pemasangan dan fungsi otomatik yang ada. Walau bagaimanpun kebanyakan papan utama kini menyokong fungsi 'Pasang dan Main', yang biasanya memudahkan dari segi pemasangan dan konfigurasi sistem. Ini akan mengelakkan berlakunya konflik antara komponen yang digunakan.
Tugas papan utama ialah menyampaikan maklumat atau data ke komponen tertentu yang berkaitan seperti kad paparan untuk memastikan hasilnya dapat dilihat di skrin monitor, atau kad bunyi jika arahan tersebut mempunyai kad arahan audio. Data-data ini akan dipindahkan melalui sirkit yang panggil sebagai BAS (garis-garis halus keemasan) sebenarnya terdiri daripada 62 lorong yang boleh dilalui data. Bagi pengguna sistem 32-bit bas akan mengandungi 248 lorong pergi-balik data yang membawa data dari mikropemproses ke kad paparan, kad bunyi, pemacu cakera liut, cakera keras, cakera keras, pemacu cakera padat, adapter-adapter berkaitan pot-pot output/input dan lain-lain lagi.
Sumber : http://ngcheekeong.tripod.com/papan.htm
Saturday, September 15, 2007
All about Motherboard
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment